Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, dalam operasi bermula pukul 10 malam itu, pihaknya telah menahan tiga lelaki yang sedang leka bermain judi menggunakan tablet di premis tersebut.

“Selain tiga pemain, kita turut menahan dua wanita warga Indonesia yang bekerja di pusat judi itu serta seorang lelaki yang bertindak sebagai penjaga premis.

“Kita juga merampas sebanyak 13 tablet pelbagai jenama, wang tunai RM300 dan masing-masing sebuah telefon bimbit serta modem,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Khaizam, kesemua tangkapan dan barang rampasan dibawa balik ke balai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - UTUSAN ONLINE