Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, dalam ketiga-tiga serbuan di Taman Maluri, Kuchai Lama dan Kuchai Entrepreneurs Park dekat sini, pihaknya turut merampas sejumlah wang tunai, barang kemas serta sebuah kereta Proton Gen-2 yang dianggarkan bernilai RM20,770.

“Antara jenis dadah yang dirampas adalah ekstasi, methamphetamine, ketamin dan erimin 5 yang dibungkus dalam bentuk serbuk minuman dan juga cecair dipercayai untuk diedarkan di pusat hiburan sekitar ibu negara.

“Kesemua yang ditahan berusia antara 21 hingga 54 tahun dan akan direman hingga Khamis dan Jumaat untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE