Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara mandatori selama lima tahun dan tiga kali sebatan, jika sabit kesalahan.

“Polis kini memperkasakan undang-undang tersebut terhadap penagih yang mempunyai dua rekod lampau apabila mereka melakukan kesalahan sama kali ketiga.

“Kita akan terus meminta Timbalan Pendakwa Raya untuk mengemukakan pendakwaan di bawah Seksyen 39C bagi memberi pengajaran setimpal kepada penagih tegar ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Balai Polis Sri Lalang, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Polis negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd., dan Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Laham. - UTUSAN ONLINE