Serbuan dibuat oleh anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) mulai 5 hingga 11 Mac lalu itu membabitkan
daerah ini, Simunjan, Miri, Sibu, Kota Samarahan, Serian, Bintulu, Padawan, Mukah,Meradong, Sri Aman, Bau dan Julau.

Ketua JSJ negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, tangkapan tersebut juga melibatkan lelaki dan wanita tempatan berusia 16 hingga 52 tahun termasuk lima warga asing.

Katanya, daripada 40 serbuan, 34 operasi dijalankan di premis menjual loteri haram, lima di pusat judi atas talian dan satu judi terbuka.

"Hasil serbuan polis telah merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk melakukan perjudian haram.

"Polis juga merampas wang tunai sebanyak RM17,898 disyaki hasil kegiatan judi haram," katanya dalam  kenyataan di sini pagi ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesemua individu terbabit kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - UTUSAN ONLINE