Ketua Polis Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, dalam serbuan pertama pukul 8.30 malam di sebuah rumah di Taman Bukit Kempas, pihaknya menahan tiga lelaki dan seorang wanita, manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri.

“Suspek lelaki yang berjaya melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan di Kampung Kempas Baru pukul 2.30 pagi ini bersama-sama seorang lagi rakannya.

“Susulan penahanan kesemua suspek berusia antara 30 hingga 48 tahun itu, polis telah merampas tiga buah kereta, pelbagai peralatan untuk pecah rumah serta barangan milik mangsa, antaranya wang tunai, barangan kemas, jam tangan serta telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE