Timbalan Pengarah Operasi, Daerah Maritim 2 negeri, Komander Maritim Hamizan Harun berkata, dalam pemeriksaan kira-kira pukul 2.15 pagi itu, anggotanya telah melakukan pemeriksaan di tiga sangkar ikan di kawasan berkenaan.


Ujarnya, kelima-lima lelaki berkenaan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan dibawa ke Jeti Polis Marin, Batu Uban untuk siasatan lanjut.


“Pada masa sama, Maritim Malaysia mengingatkan pengusaha sangkar ikan tidak menggunakan pekerja asing tanpa permit yang sah,” katanya di sini hari ini.


Beliau memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63. 


Sementara itu, katanya, orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat berhubung aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh menghubungi talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri di talian 04-2626146. - UTUSAN ONLINE