Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, sehingga semalam, secara keseluruhannya seramai 15 individu berusia lingkungan 20an hingga 50an ditahan membabitkan 17 serbuan.

"Mereka yang ditahan di ialah di Shah Alam (5); Gombak (3); Klang Selatan (3); Sungai Buloh dan Kajang masing-masing dua individu. Kesemua ditahan ialah seramai lapan warga tempatan dan tujuh warga asing.

"Setakat ini, jumlah mangsa yang maut seramai 24 orang manakala yang masih dirawat di beberapa hospital ialah 17 dan selebihnya telah dibenarkan pulang," katanya kepada pemberita selepas hadir ke Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Menara 2 di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE