Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Superitenden Shaari Ariffin berkata, semua mereka ditemukan semasa bersembunyi di hutan tersebut sementara menunggu sindiket membawa keluar dari negara ini menaiki bot pada pukul 8 malam.

"Hasil siasatan awal mendapati, semua mereka sudah bersembunyi di kawasan hutan itu sejak dua hari lalu dan tidak diberi makan oleh sindiket sepanjang mereka menunggu," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, semua mereka ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan cuba keluar dari negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan. - UTUSAN ONLINE