Ketua Pegawai Penguat kuasa PPDNHEP negeri, Low Swee Hon berkata, barangan yang dirampas terdiri daripada 40 beg tangan dan tujuh unit dompet jenama Louis Vuitton serta 389 unit jam tangan jenama Calvin Klein.

“Seramai sembilan anggota dan pegawai terlibat dalam Op Barang Tiruan yang dijalankan bersama Wakil Cap Dagang.

“Kesemua barangan yang dirampas bernilai kira-kira RM5,966,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Swee Hon, dalam operasi kali ini sebanyak tiga kes telah dikesan di bawah Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011.

“Pihak PPDNHEP telah mengambil rakaman percakapan pemilik premis dan pekerja yang terbabit bagi membantu siasatan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE