Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd., berkata, kesemua individu berkenaan ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Kita telah membahagikan tempoh PRU-14 kepada empat fasa, iaitu ketika pengumuman calon, penanaman calon, semasa hari pengundian dan selepas itu. 

“Sepanjang tempoh itu, sebanyak 122 kertas siasatan telah dibuka, manakala seramai 42 individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Bilik Media, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE