Tertuduh Paul Leslie, 56; Daryl Latham, 52; Stephen Jack, 58 dan Anthony Dixon, 52, mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Salawati D’Jambri. 

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh yang bekerja sebagai jurutera syarikat perkapalan, MMHE West Yard, Plo 3, Jalan Pekeliling, Pasir Gudang didapati melanggar syarat pas dengan bekerja sebagai jurutera di Hess E&P Malaysia Berhad di daerah tersebut pada 11.30 pagi, 8 Ogos lalu.

Bagi perbuatan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu mempunyai pas lawatan sosial tetapi salah guna untuk bekerja. 

Kesemua lelaki warga Britain itu dikehendaki membayar denda RM900 setiap seorang dan jika gagal berbuat demikian akan dikenakan dua bulan penjara.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Norhashimah Othman manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela, John Fernandez. - UTUSAN ONLINE