Turut ditahan sebuah lori bertutup muatan tiga tan dan tiga buah trak pikap yang kesemua kenderaan itu bernilai RM160,000.


Kesemua suspek yang berusia 30-an itu ditahan oleh anggota Aksem negeri secara berasingan semasa menaiki kenderaan terbabit antara pukul 5 hingga 5.30 petang.


Pengarah Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Khairul Amin Talib berkata, siasatan mendapati kesemua minyak masak paket dan botol serta tepung itu mempunyai cop untuk kegunaan tempatan dan diambil daripada pembekal luar negeri ini.


Katanya, daripada kesemua rampasan itu, sebanyak 1.7 tan minyak masak paket ditemukan di dalam lori bertutup diikuti trak pikap pertama (130 kilogram - kg, minyak masak paket dan 130kg tepung gandum).


“Trak pikap kedua pula (90kg minyak masak paket dan 30kg tepung gandum) dan trak pikap ketiga (34kg minyak masak paket, 36 liter minyak masak botol dan 80kg tepung gandum).


“Berdasarkan maklumat awal, minyak masak paket muatan sekilogram itu yang berharga RM2.50 setiap satu dijual di negara jiran pada harga RM4.20.


“Manakala tepung muatan sekilogram pula (RM3.50 di negara jiran berbanding RM1.35 sepeket di dalam negara),” katanya ketika ditemui.


Tambah Khairul, beliau percaya kesemua suspek yang tidak memiliki permit untuk mengeksport berkenaan mendapat upah untuk menyeludup keluar kesemua barangan itu.


Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE