Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, polis mengetahui kejadian tersebut setelah dihubungi rakan mangsa kira-kira pukul 2.30 petang. 


Mangsa, L. Pubalan, 52, ditemukan mati dalam keadaan tergantung bilik sebuah bilik di tingkat dua. 


“Mayat isteri mangsa, P. Jeya, 46, ditemukan mati dalam keadaan terbaring di atas katil berhampiran ruang tamu manakala mayat anaknya yang berumur sembilan dan 14 tahun ditemukan mati dengan kesan jerut di leher. 


“Kesemua mayat empat sekeluarga itu dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat,” katanya yang ditemui di luar rumah mangsa di Mutiara Rini sebentar tadi. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut. - UTUSAN ONLINE