Pertuduhan Pertama

Bahawa kamu pada 13 September 2013 di Cimb Bank Berhad, J2 & K1, Taman Tunku, Bukit Tunku, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu dengan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM4,300,000 melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad milik Mohd. Najib Abd Razak yang telah dimasukkan ke dalam akaun Cimb Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaian Keganasan 2001(Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Pertuduhan Kedua

Bahawa kamu pada 7 Februari 2014 di Cimb Bank Berhad, J2 & K1, Taman Tunku, Bukit Tunku, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu dengan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM5,200,000 melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad milik Mohd. Najib Abd. Razak yang telah dimasukkan ke dalam akaun Cimb Bank Berhad milik kamu. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaian Keganasan 2001(Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Pertuduhan ketiga

Bahawa kamu pada 3 Mac 2015 di Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram iaitu dengan membuat suatu penyata yang tidak betul bertentangan dengan perenggan 113(1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 iaitu dengan meninggalkan pendapatan yang kamu telah terima pada 13 September 2013 berjumlah RM4,300,000 melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad milik Mohd. Najib Abd. Razak yang telah dimasukkan ke dalam akaun Cimb Bank Berhad milik kamu, yang kamu dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan 1967(Akta 53) untuk membuat penyata bagi pihak diri kamu sendiri, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaian Keganasan 2001(Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.

Pertuduhan Keempat

Bahawa kamu pada 29 Jun 2015 di Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram iaitu dengan membuat suatu penyata yang tidak betul bertentangan dengan perenggan 113(1) (a) Akta

Muhammad Shafee Abdullah
Muhammad Shafee Abdullah 

Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2014 iaitu dengan meninggalkan pendapatan yang kamu telah terima pada 17 Februari 2014 berjumlah RM5,200,000 melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad milik Mohd. Najib Abd. Razak yang telah dimasukkan ke dalam akaun Cimb Bank Berhad milik kamu, yang kamu dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan 1967(Akta 53) untuk membuat penyata bagi pihak diri kamu sendiri, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaian Keganasan 2001(Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.