Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Md. Asri A. Wahab berkata, kesemua suspek ditahan ketika mereka datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor semalam.

Katany, turut dirampas bersama suspek yang berusia antara 36 dan 72 tahun itu adalah selaras senjata api jenis senapang patah dua laras berserta 17 butir peluru.

“Mereka ditahan selepas datang menyerah diri bersama senjata api dan peluru di IPD Kuala Selangor,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kesemua suspek dikehendaki polis selepas tular video mereka melepaskan kira-kira 20 das tembakan ke udara semasa satu upacara di kuil tersebut.

Dalam pada itu, Md. Asri berkata, kertas siasatan ke atas semua suspek telah dibuka di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

“Kesemua suspek kini ditahan polis untuk siasatan lanjut,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE