Menurut Ketua JSJN negeri, Superintenden Sahar Abd. Latif, tangkapan tersebut dijalankan hasil maklumat orang awam dan risikan terhadap tiga lelaki dan seorang wanita berusia 30 hingga 43 tahun.

Jelasnya, serbuan pertama dijalankan di sebuah bengkel kereta tidak bernombor yang membawa tangkapan kepada seorang mekanik berusia 33 tahun.

"Pemeriksaan lanjut dalam bengkel itu menemukan dua keratan straw mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 5.2 gram dianggarkan bernilai RM720.

"Dalam serbuan kedua di sebuah rumah di Kampung Kayan pula, polis menahan dua lelaki yang tidak bekerja dan seorang wanita merupakan peniaga kedai runcit bersama 30 paket dadah dipercayai syabu dalam bekas makanan seberat 62.7 gram dianggarkan bernilai RM9,000," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE