Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kesemua lelaki warga asing itu berusia dalam lingkungan 31 hingga 40 tahun.

“Mereka merupakan warga negara jiran yang menjadikan Sandakan sebagai transit untuk menyusup masuk ke negara ini.

“Mereka akan disiasat di bawah Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747) (SOSMA),” katanya dalam sidang akhbar selepas Kempen Cegah Jenayah Ragut dan Seluk Saku di ruang legar Pavilion, Bukit Bintang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE