Kesemua tertuduh, Tan Wei Siong, 22; Tan Heng Wah, 44; Sech Chung Hing, 42; dan Liew Mee Yen, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua 13 pertuduhan berkenaan sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

Keempat-empat tertuduh didakwa secara bersama-sama memperdagangkan 11 wanita warga Vietnam dan dua wanita warga Indonesia berusia antara 31 dan 38 tahun bagi maksud eksploitasi seks.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan pembinaan Lot 2221 Jalan Tanjung Kupang, Gelang Patah kira-kira 8.45 malam 16 Februari lalu.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE