Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, tiga penjenayah terbabit yang memakai topeng muka dan sarung tangan turut bersenjatakan pisau serta parang dipercayai untuk menakut-nakutkan kesemua mangsa.


Mangsa, Faridah Arshad, 48, berkata, dia bersama suami, Azlan Ayob, 49, dan dua anak mereka diikat menggunakan wayar tetikus komputer dan kain langsir sebelum perompak terbabit menyatakan hanya mahu wang.


“Tetapi, bukan setakat duit kira-kira RM3,000 mereka larikan, habis kesemua anting-anting emas, telefon bimbit pelbagai jenama, komputer riba dan telefon tablet mereka kebas.


“Mereka dipercayai masuk ke dalam rumah dengan membuka pintu belakang dan melarikan diri menggunakan laluan sama selepas 30 minit kemudian,” katanya ketika ditemui, di sini sebentar tadi.


Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Superintenden KS. Mender Singh mengesahkan polis menerima laporan berkenaan kejadian itu dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.-UTUSAN ONLINE