Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, serbuan tersebut dijalankan pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan daerah-daerah.


Katanya, daripada 36 individu ditangkap, 21 orang adalah lelaki dan 15 wanita berusia 17 hingga 57 tahun termasuk dua warga asing.


“Usaha membanteras judi online diteruskan dengan serbuan dijalankan di kedai serbaneka 24 jam dan kedai kopi yang menawarkan perkhidmatan isian semula kepada kaki judi.


“Empat serbuan dijalankan di Bintulu, Padawan, Sri Aman dan Sarikei dengan menangkap tujuh operator perkhidmatan itu dan merampas enam tablet bersama wang tunai berjumlah RM6,842.


“Sebanyak 18 serbuan pula dijalankan membabitkan kaunter jualan loteri haram di sembilan daerah yang membawa kepada tangkapan 19 individu dengan rampasan wang tunai RM6,717 bersama peralatan lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Tambahnya, serbuan judi holo turut dibuat di Sibu dengan tangkapan 10 orang bersama wang tunai RM490.


“Kesemua mereka yang ditahan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE


Infografik:


Serbuan-serbuan dijalankan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Daerah:


1) JSJ IPK- 1 serbuan (di Bintulu)

2) Kuching - 5 serbuan

3) Padawan - 5 serbuan

4) Sibu - 3 serbuan

5) Miri - 3 serbuan

6) Kota Samarahan - 1 serbuan

7) Sarikei - 1 serbuan

8) Bau - 1 serbuan

9) Sri Aman - 1 serbuan

10) Marudi - 1 serbuan

11) Dalat - 1 serbuan