Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan selama tujuh jam itu digerakkan di empat lokasi berasingan bermula pukul 10 malam hingga pukul 5 pagi tadi.

“Tumpuan lokasi operasi adalah di kawasan bandar raya yang menjadi lokasi PATI.

“Anggaran umur PATI yang ditahan dalam operasi ini adalah antara setahun hingga 54 tahun yang dipercayai mengundang kepada kegiatan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Habibi menambah, pihaknya komited untuk meneruskan operasi itu dalam usaha membenteras jenayah, PATI, dadah dan gejala sosial negatif di daerah ini.

“Operasi tersebut turut disertai beberapa agensi kerajaan lain termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pendaftatan Negara (JPN), Jabatan Imigresen dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Semua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE