Pengarah Imigresen WP Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, kesemua mereka ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.

Menurutnya, operasi bermula pukul 1 petang itu membabitkan 11 lokasi membabitkan premis perniagaan yang terletak di antara Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Silang dan Jalan Leboh Pudu.

“Kesemua mereka adalah lelaki antaranya warga Bangladesh mencatat angka tertinggi seramai 20 orang, India (5), Myanmar (3), Nepal (2) dan Indonesia (2).

“Pihak kami melepaskan 62 warga asing yang memiliki dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah,” katanya.

Hamidi memberitahu, seramai 40 anggota dari pelbagai agensi terlibat dalam operasi bersepadu kali ini yang berakhir pada pukul 2.45 petang.

“Pihak Imigresen telah mengeluarkan sebanyak tujuh Borang 29 (saman saksi) kepada pelanggan premis bagi membantu siasatan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE