Kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam berusia daripada 22 hingga 47 tahun.

Pengarah Imigresen Selangor, Omran Omar berkata, serbuan itu dilakukan setelah pihaknya menjalankan risikan selama dua minggu.

“Ketika penahanan dibuat, penghuni rumah kongsi sedang nyenyak tidur dan apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa, terdapat segelintir daripada mereka cuba melarikan diri namun tidak berjaya.

“Dalam serbuan ini, kita telah menjalankan pemeriksaan ke atas 632 individu dan menahan 314 warga asing ditahan melibatkan pelbagai kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE