Terbaharu, seramai 31 individu telah ditahan menerusi 22 serbuan di tujuh daerah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, daripada kesemua jumlah serbuan itu, 21 serbuan dilakukan ke atas premis menjual loteri haram, manakala satu lagi operasi membabitkan pusat judi dalam talian di Miri.

Menurutnya, kesemua kaki judi yang ditahan berusia antara 16 hingga 62 tahun iaitu terdiri daripada 16 lelaki dan selebih­nya wanita.

“Polis turut merampas wang tunai sebanyak RM5,539 dan pelbagai peralatan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perjudian haram,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dev Kumar memberitahu, serbuan yang dijalankan itu melibatkan lapan premis di daerah ini, diikuti ma­sing-masing tiga premis di Pada­wan, Miri dan Kota Samarahan.

Ujarnya, masing-masing dua serbuan dibuat di Sibu dan Serian manakala satu di Dalat.

Tambahnya, operasi mem­ban­teras perjudian akan diteruskan bagi memastikan kegiatan haram itu dapat dihapuskan sepenuhnya perjudian haram.

“Kesemua kaki judi yang ditahan disiasat mengikut Akta Perjudian Rumah Terbuka 1953,” katanya lagi.