Menurut satu kenyataan di Facebook Polis Johor, daripada 21 serbuan yang dibuat sejak 12 tengah malam tadi, seramai 257 individu diperiksa dan 31 daripadanya ditangkap atas pelbagai kesalahan. 

"Jabatan Siasatan Jenayah negeri melancarkan Operasi Cantas Khas bermula 12 tengah malam hingga 6 pagi tadi bagi membanteras kegiatan geng kongsi gelap di seluruh negeri ini.

"Dalam 21 serbuan yang dilakukan, seramai 31 individu ditangkap atas pelbagai kesalahan. Sasaran utama operasi ini ialah ke atas premis atau pusat hiburan yang menjadi tempat pertemuan ahli-ahli kongsi gelap berkumpul," katanya. 

Menurut kenyataan itu, polis bertegas akan membenteras mana-mana kumpulan yang cuba menimbulkan kekacauan dan ketakutan kepada masyarakat. - UTUSAN ONLINE