Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji dalam kenyataan hari ini berkata kesemua suspek berumur 21 hingga 57 tahun yang ditahan itu turut merangkumi enam warga asing.

“Seramai lapan individu ditangkap atas kesalahan memiliki dadah manakala 22 lagi didapati positif dadah selepas ujian urin dijalankan,” katanya.


Habibi berkata, polis turut merampas 12.75 gram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM1,900 sepanjang operasi berkenaan.


“Usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah di sekitar Kota Kinabalu akan terus diperhebat bagi memelihara kesejahteraan masyarakat setempat,” katanya.-BERNAMA