Turut dirampas dalam serbuan yang dilakukan sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya itu ialah sejumlah wang tunai dan dua telefon pintar.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kesemua yang ditahan berperanan sebagai juruwang bagi menjalankan kegiatan perjudian tersebut.

“Pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi yang sediakan sindiket dengan menggunakan telefon pintar dan berjumpa dengan penjaga yang bertindak sebagai juruwang untuk urusan tambah nilai dan kata laluan.

“Kesemua yang ditahan telah dibawa ke IPD Subang Jaya untuk siasatan mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE