ACRYL SANI ABDULLAH SANI
ACRYL SANI ABDULLAH SANI

Ketiga-tiga suspek berusia antara 28 hingga 29 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kira-kira pukul 4.30 pagi di satu lokasi berhampiran Balai Polis Petaling Jaya, Selangor.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya turut menahan orang kanan dan pembantu peribadi dalang sindiket pelaburan tersebut serta merampas beberapa barangan peribadi dipercayai milik suspek.

“Polis merampas sebuah kereta jenis Honda Accord, lima unit telefon bimbit, pelbagai dokumen berkaitan skim pelaburan JJPTR, buku cek, 11 keping kad debit dan kredit pelbagai bank dan wang tunai RM20,936.

“Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Klang bagi mendapatkan perintah tahanan reman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE