Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu, tiga individu yang berusia antara 23 dan 24 tahun turut ditahan dalam sekatan jalan raya tersebut susulan penemuan dadah dalam kereta Proton Wira yang dinaiki mereka.

Difahamkan, tiga individu terbabit terdiri daripada seorang lelaki yang merupakan seorang pengurus pasar raya dan dua wanita yang salah seorangnya dipercayai anak anggota polis yang bertugas di Pulau Pinang.

Menurut sumber agensi tersebut, pihaknya menemukan beberapa papan plastik dalam satu ikatan disyakki dadah jenis erimin 5 yang di­letakkan pada bahagian papan pemuka kereta berkenaan.

“Setelah diperiksa terdapat 20 papan plastik mengandungi 200 biji disyaki dadah erimin 5 seberat kira-kira 56.02 gram. Pemeriksaan lanjut, kita me­nemukan sebuah beg di kerusi di tempat duduk penumpang belakang yang mengandungi 30 peket plastik lut sinar me­ngandungi dadah jenis syabu seberat 18.17 gram.

“Turut ditemukan, dua peket plastik mengandungi 20 biji pil dipercayai ekstasi dan tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja seberat 7.11 gram,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.