Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd., berkata, ketiga-tiga lelaki itu ditahan pada malam hari yang sama mayat ditemukan.

"Terdahulu, polis telah menahan seorang suspek lelaki lain berusia 56 tahun sebelum dua yang lain berusia 46 dan 28 turut ditahan hari sama.

"Mereka telah dikenakan tahanan reman yang akan berakhir esok sebelum tempoh reman dilanjutkan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Town Hall di Kempas, di sini sebentar tadi.

Khamis lalu, seorang ibu tunggal dan rakan lelakinya ditemukan mati dibunuh menggunakan parang di kediaman wanita itu. - UTUSAN ONLINE