Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, ketiga-tiga suspek ditahan di beberapa lokasi di sekitar pusat bandar setelah menerima aduan daripada seorang pengadu yang merupakan penyelia kaunter pembayaran tempat letak kereta di Kompleks Metro Pudu Kuala Lumpur di sini.

“Suspek wanita merupakan warga Thailand manakala dua lelaki terbabit adalah warga tempatan. Ketiga-tiga suspek berusia di antara 30 sehingga 40-an.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda,” katanya. - UTUSAN ONLINE