Dalam kejadian 8.30 pagi itu, dua nelayan warga Indonesia itu yang menaiki sebuah bot didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri manakala seorang warga Filipina yang menaiki bot berasingan mempunyai pas IMM13.

Dokumen IMM13 dikeluarkan kepada rakyat Filipina yang melarikan diri ke Sabah sekitar tahun 1970-an ekoran krisis politik di Wilayah Selatan negara berkenaan.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi), Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd. Yusri Hussin dalam kenyataan hari ini berkata, ketiga-ketiga nelayan berusia antara 22 dan 49 tahun itu ditahan oleh bot peronda maritim ketika menjalankan rondaan Op Pluto Timur di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat lengkap kepada Maritim Malaysia jika ada aduan, kecemasan serta aktiviti berkaitan jenayah di laut.

Tambahnya, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999.- BERNAMA