Antara dadah yang rampas termasuk daun kering dipercayai ganja serta 51 biji pil Erimin 5 dan syabu dalam serbuan di dua rumah berasingan di Pandan Jaya dan Kg. Cheras Baru dekat sini.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, suspek yang ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 30 hingga 40-an.

“Salah seorang lelaki yang ditahan adalah warga Sri Lanka manakala dua lagi suspek merupakan warga tempatan dan kesemua mereka positif dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 dan 6 (B) akta yang sama,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE