Menurut jurucakap SPRM, ketiga-tiga lelaki berusia antara 40 hingga 60 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8 malam di SPRM Johor Cawangan Kluang.

"Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kesemua suspek telah memberikan wang rasuah sebanyak RM1,500 kepada Pegawai Penguatkuasa MPK sebagai dorongan supaya tidak mengambil apa-apa tindakan.

"Mereka berbuat demikian bagi mengelakkan dikenakan tindakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah kesalahan Undang-Undang Kecil Perlesenan, Tred Perniagaan dan Industri (MPK) 2017.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan kompaun berjumlah RM1,000 bagi setiap kesalahan yang dilakukan," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Menurutnya, semua mereka kini ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai

suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. - UTUSAN ONLINE