Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 26 hingga 38 tahun. 

“Polis turut menahan dadah jenis heroin seberat 4.5 kilogram dan syabu seberat 197 gram yang di anggarkan bernilai RM109,700. 

“Turut dirampas dua buah motosikal dan wang tunai kesemua berjumlah RM7,150,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. 

Ketiga-tiga suspek dikenakan tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE