Tertuduh, Theu Boon Ooi, 57, Neol Theu Ke Wei, 33, dan Suzita Mohamad Salleh, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Mohammad Khalid Ab. Karim.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Boon Ooi dan Ke Wei yang merupakan pengarah syarikat Meck Marketing Sdn. Bhd., dituduh memiliki 4,540 unit dekoder untuk dijual di Wisma Thunderflash, No 8, Jalan Mutiara 6, Taman Perindustrian Plentong, dekat sini pada pukul 3 petang, 6 Disember 2016.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 244(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang dibacakan bersama Peraturan 16(1)(b) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 dan Peraturan 16(3) peraturan-peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 peraturan sama.

Suzita pula didakwa memiliki 12 unit dekoder untuk tujuan dijual di kedai miliknya di Lot S 28A, KIP Mart Masai, Jalan Persiaran Dahlia 2, Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang pada 12.45 tengah hari, pada hari yang sama. 

Dia didakwa mengikut Peraturan 16(1)(b) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 dan Peraturan 16(3) peraturan-peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 peraturan sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara enam bulan, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE