Aat Yudianto, 49, dan Ernawan Hadianto, 25, didenda RM30,000 seorang oleh Hakim Kamarudin Kamsun selepas mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu manakala pemandu bas ekspres, Yusof Misoun, 61, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Kamarudin turut menetapkan Aat Yudianto dan Ernawan Hadianto dipenjara 12 bulan bagi ketiga-tiga pertuduhan itu sekiranya mereka gagal membayar denda.

Kedua-dua warga asing itu diwakili peguam Muhammad Ashraf Mohd. Diah manakala Yusof diwakili peguam Mohd. Tarmeze Mohd. Taib.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Shamsul Hakim Ahmad.

Mahkamah membenarkan Yusof yang berasal dari Air Hitam, Muar dikenakan jaminan tanpa cagaran (jaminan mulut) RM5,000 dan menetapkan 6 April ini untuk sebutan semula kes tersebut. - UTUSAN ONLINE