Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 26 hingga 34 tahun itu ditahan pukul 12.20 tengah hari semalam di persimpangan lampu isyarat Jalan Intan 2, Taman Intan, di sini.

“Polis menerima maklumat pukul 10.49 malam kelmarin tentang laporan empat suspek berkenaan dengan salah seorang daripada mereka bersenjatakan sebilah pisau telah masuk ke rumah pasangan berkenaan yang bekerja sebagai tukang jahit.

“Suspek telah melarikan tiga telefon bimbit, sebuah komputer riba dan barang kemas milik mangsa bernilai RM2,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Abdul Razak berkata, susulan penahan ketiga-tiga suspek, pihaknya merampas sebuah kereta Perodua Kenari, enam telefon bimbit, seutas rantai dan sebuah komputer riba yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM11,000.

Katanya, kesemua suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau selain positif dadah jenis Methampetamine ditahan reman selaam enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE