Ketua Polis Daerah, Superintenden Ab. Rashid Mat Daud berkata, serbuan pukul 9.15 malam itu membabitkan rampasan berjumlah RM8,460.

Menurutnya, siasatan awal mendapati rumah banglo itu dijadilan sebagai transit sebelum membawa ketum ke negara jiran.

"Permintaan tinggi dari negara jiran membuatkan penyeludup mengambil keputusan untuk melakukan kegiatan haram itu.

"Bukan itu sahaja, siasatan kita juga mendapati, bahan ini dibawa dari kawasan utara tanah air," katanya di sini hari ini.

Ab. Rashid memberitahu, kes tersebut disiasat Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 jika sabit kesalahan boleh dipenjara 4 tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Katanya, polis sedang giat mengesan individu terlibat dalam menjalankan kegiatan haram itu. - UTUSAN ONLINE