Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, daripada jumlah itu, 27 yang ditahan merupakan warga Filipina manakala seorang lagi ditahan kerana dipercayai positif dadah jenis syabu.

“Sepanjang operasi itu, kita telah memeriksa 56 individu dan mendapati 27 daripadanya yang berumur dalam lingkungan antara 18 tahun hingga 51 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Operasi ini dilancarkan selama tujuh jam bermula pukul 1 pagi dengan memberi tumpuan empat lokasi kes jenayah kritikal antanya di rumah kongsi Pacific City, Likas, kawasan pasar, Kota Kinabalu, setinggan di Pelabuhan Sepanggar dan rumah kongsi Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) di Menggatal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah serta seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan.