Difahamkan separuh daripada mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan bekerja dengan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat pembersihan rumah sejak lebih tiga bulan lalu.

Menurut sumber, kesemua mangsa juga tidak dibenarkan menyimpan wang dan telefon bimbit.

"Mereka menangis teresak -esak ketika polis datang membuat pemeriksaan di sebuah premis yang terletak di Bukit Mertajam yang dijadikan asrama," katanya.

Difahamkan dua lelaki tempatan bersama dua wanita Indonesia dan Thailand yang merupakan penjaga premis telah ditahan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azahan Nik Abdul Hamid ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian. - UTUSAN ONLINE