Kesemua warga asing tersebut melibatkan 15 lelaki dan lima wanita warga Nigeria, empat lelaki Tanzania serta seorang wanita Thailand berumur dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Jenayah Siber dan Multimedia), Datuk Ahmad Noordin Ismail berkata, sindiket tersebut dijalankan sejak tahun lalu menggunakan laman sosial Facebook bagi mencari mangsa yang terdiri daripada wanita.

“Setakat ini sebanyak 10 kes telah dikaitkan dengan kes ini dan jumlah kerugian mangsa akibat ditipu sindiket iitu berjumlah RM500,000.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Penipuan) bersama-sama Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE