Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, mereka ditahan dalam operasi bersepadu bagi mencegah jenayah selama lima jam yang bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi.

“Operasi ini melibatkan seramai 55 pegawai dan anggota polis, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara serta Jabatan Tenaga Kerja.

“PATI terbabit ditahan kerana didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, kesemua PATI yang ditahan itu terdiri daripada 12 lelaki, lima wanita dan dua kanak-kanak warga Indonesia serta enam lelaki warga Bangladesh.

Katanya, operasi bersepadu seperti itu akan diteruskan dari semasa ke semasa demi memastikan Port Dickson terus aman dan sejahtera. - UTUSAN ONLINE