Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

249 remaja ditahan di KLCC

KUALA LUMPUR, 12 OGOS 2017 - Sebahagian remaja bawah umur yang 2
Sebahagian remaja bawah umur yang ditahan pada Ops Banteras Rimau yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sekitar Taman KLCC di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID / PEMBERITA - BASIR ( JENAYAH UTUSAN ) / EDDY AQMAL ( JENAYAH KOSMO )

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Seramai 249 remaja bawah umur ditahan polis dalam satu Op Banteras Rimau oleh Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini malam tadi.

Dalam operasi yang bermula dari pukul 7 malam tersebut, polis turut merampas kira-kira 10 bilang pisau pelbagai jenis, buku lima dan menemui dadah yang dicampakkan remaja terbabit ketika pemeriksaan dilakukan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, kesemua remaja yang ditahan itu berusia di antara 10 sehingga 17 tahun dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

“Polis juga turut menemui dua jenis dadah Erimin5 dan Syabu yang dipercayai telah dibuang remaja terbabit semasa anggota polis melakukan pemeriksaan ke atas mereka.

“Pemeriksaan lanjut akan dilakukan bagi proses dokumentasi, mengesan rekod jenayah lampau dan ujian air kencing sebelum dibebaskan dengan jaminan ibu bapa masing-masing .” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Mohd. Sukri, pihaknya bertindak melakukan operasi itu setelah menerima aduan daripada orang ramai dan telah menggembleng pelbagai agensi berkaitan untuk menjalankan operasi berkenaan.

“Seramai empat pegawai dan 70 anggota dari IPD Dang Wangi, pengawal keselamatan KLCC, polis bantuan Petronas, dan sukarelawan polis terlibat dalam menjayakan operasi kali ini,” ujarnya.

Selain itu, Mohd. Sukri turut tidak menolak kemungkinan remaja tersebut terlibat dalam kumpulan Skin Head dan Punk kerana siasatan masih dilakukan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain