Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Thiew Hock Poh berkata, daripada jumlah itu, seramai 21 orang ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (dua orang) dan seorang di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, jumlah saman yang telah dikeluarkan adalah sebanyak 109 keping dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) atas pelbagai kesalahan.

"Operasi tertumpu kepada pengguna motosikal iaitu sebanyak 105 buah dan 130 individu telah diperiksa manakala 21 buah motosikal telah disita oleh PDRM dan 11 buah oleh JPJ.

"Seramai 20 orang pegawai dan 131 anggota dari PDRM, JPJ, JAS, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) terlibat dalam penugasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kesemua individu yang ditangkap telah dibawa ke Mahkamah Seremban untuk mendapatkan perintah reman bagi siasatan lanjut. - UTUSAN ONLINE