Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, kesemua mereka dipercayai terlibat dalam kes bunuh, jenayah ugutan dan pergaduhan.

Ujarnya, kesemua mereka ditahan antara 18 hingga 22 Julai lalu di beberapa tempat di negeri ini.

"Polis turut merampas enam kenderaan, wang tunai berjumlah RM133,844 dan mata wang rupee India bernilai RM34,110,"  katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE