Keputusan tersebut dibuat Hakim Siti Aminah Ghazali bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan laporan perubatan semua mangsa daripada pihak hospital.

Tertuduh, Nasrul Arman Ahmad, 41, didakwa melakukan perbuatan itu sejak Julai 2017 dan kejadian terakhir pada Februari lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap 10 pelajar pusat tahfiz berkenaan berusia antara 12 tahun hingga 17 tahun di dua alamat iaitu di pusat tahfiz berkenaan dan di kediamannya di Taman Selamat, Teluk Sisik di sini.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan jika bersalah boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan bagi setiap tuduhan.

Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017, suspek berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Fatinah Abu Bakar dan tertuduh diwakili Peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar. - UTUSAN ONLINE