Kesemua mereka ini ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan pada pukul 11 malam.

 Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, anggota PGA turut menahan tiga lelaki yang bertindak sebagai tekong darat membawa masuk pati berkenaan dan salah seorang dari mereka warga Thailand.

 Menurutnya, dua daripada tiga tekong darat itu merupakan warga tempatan.

 "Salah seorang daripada warga tempatan itu mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

 Tambahnya, kesemua tekong darat itu berusia antara 25 hingga 35 tahun. -UTUSAN ONLINE.