Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Izham Idris berkata, operasi tersebut dijalankan bermula pukul 2 petang semalam dan disertai 14 anggota Jabatan Imigresen negeri.

“Dalam operasi pertama di Jalan Hamdan Sheikh Tahir di sini, kita telah menjalankan pemeriksaan terhadap 22 PATI yang bekerja di situ.

“Daripada jumlah itu, seramai lapan PATI pelbagai warganegara ditahan kerana tidak mempunyai dokumen atau permit yang sah untuk bekerja di negara ini,” katanya di sini hari ini.

ANTARA PATI yang ditahan Jabatan Imigresen Pulau Pinang dalam dua operasi berasingan di Kepala Batas
ANTARA PATI yang ditahan Jabatan Imigresen Pulau Pinang dalam dua operasi berasingan di Kepala Batas 

Menurut Izham, dalam operasi kedua yang dijalankan di sebuah lokasi pembinaan kabin di Permatang Pauh, seramai 17 PATI yang sedang bekerja di situ diperiksa.

“Daripada jumlah itu, 14 PATI antaranya terdiri daripada warga Myanmar, Indonesia dan Bangladesh telah ditahan.

“Mereka didapati bersalah kerana tidak mempunyai permit yang sah untuk bekerja di sini,” katanya.

Tambah beliau, kesemua mereka didapati melakukan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. - UTUSAN ONLINE