Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, dalam operasi yang dikenali sebagai Ops Armada itu, sebanyak enam orang penjawat awam termasuk lima anggota   Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan seorang kakitangan Jabatan Perikanan turut ditahan.

“Selain itu, sebanyak sembilan rakyat tempatan yang berperanan sebagai orang tengah dan enam orang lagi warganegara Vietnam termasuk seorang wanita ditahan.

“Dalam operasi yang dijalankan secara bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia itu kita juga telah merampas wang tunai berjumlah RM1.9 juta iaitu wang rasuah dan membekukan 44 akaun bank berjumlah RM2 juta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar.

Menurut Dzulkifli, sebanyak sembilan tangkapan dibuat di Pahang, Sabah (lima), Sarawak (empat), Terengganu (tiga) dan Labuan (satu).

Katanya, kesemua suspek tersebut akan dibawa untuk mendapat perintah reman di negeri-negeri tersebut hari ini.-UTUSAN ONLINE